| Aktiviti Pelajaran | Guru membuat demonstrasi bagaimana menggunakan slaid persembahan MS PowerPoint. |
Murid mempelajari topik dengan mencuba menggunakan Slaid Persembahan dan dibantu guru. | |
Guru dan murid bersoaljawab dengan murid untuk mengenalpasti kelemahan dan masalah yang dihadapi serta berbincang untuk menyelesaikannya. | |
Murid melayari internet untuk mengakses laman web berkaitan tajuk dengan tunjuk ajar dari guru. | |
Murid menjawab soalan interaktif yang disediakan oleh guru. | |
| Aktiviti Guru | Guru mendapatkan maklumat-maklumat mengenai topik melalui buku teks, buku rujukan, buku-buku agama dan internet. |
Guru menyediakan satu set slaid persembahan dan membuat demonstrasi kepada murid. | |
Guru memberikan penerangan kepada murid mengenai topik berdasarkan persembahan set slaid dan juga buku teks. | |
Guru menujukkan gambar-gambar berkaitan dengan topik yang diajar kepada murid. | |
Guru membuat demonstrasi menggunakan komputer kepada murid untuk melayari internet. | |
Guru memantau dan membantu murid yang melayari internet untuk mengakses laman web mengenai topik yang diajar. | |
| Aktiviti Pelajar | Murid membaca mengenai topik didalam buku teks (10 minit) sebelum guru mempersembahkan slaid persembahan. |
Murid berbincang dan bersoaljawab dengan guru mengenai topik didalam menyelesaikan masalah serta mengatasi kelemahan. | |
Murid melayari internet untuk mengakses laman web dengan bantuan guru. | |
Murid menjawab soalan-soalan interaktif yang telah disediakan. | |
| Laman Web | http://www.mediafire.com/?oqmjztmdjzk |
| Literasi | Murid boleh menerangkan secara ringkas mengenai ibadah solat serta melaksanakannya dengan sempurna. |
Murid membaca nota-nota yang terdapat didalam Slaid persembahan. | |
| Penerapan Nilai Murni | Sentiasa mendirikan solat sebagai menunai kewajipan kepada agama kerana ianya mencegah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. |
| KBKK | Murid diminta untuk memikirkan mengenai kebaikan mendirikan solat dengan sempurna dan keburukan meninggalkan solat. Berdasarkan takrif dan kepentingan solat berdasarkan topik yang telah dipelajari. |
| Numerasi | |
| Bahan Rujukan TMK | Persembahan slaid. Internet ( Laman Web ). |
| Bahan Rujukan Bukan TMK | Buku teks pelajaran. Buku-buku rujukan Pendidikan Islam. Nota atau buku panduan agama |
| Penilaian | Pelajar diminta menjawab soalan-soalan objektif berinteraktif dalam komputer. |
Aktiviti
Subscribe to:
Posts (Atom)