Rancangan Mengajar


Rancangan Mengajar
 

Tarikh
2 Nov 2011
Masa
1 Jam
Tahun
Tahun 4
Bilangan Murid
30 orang
Tema Pelajaran / Topik
SOLAT DAN CARA-CARA MENDIRIKANNYA
Liputan Kurikulum
Topik ini meliputi takrif solat, kepentingannya, Jenis-jenis Solat dan tataterib solat.
Objektif PembelajaranDi akhir pengajaran ini murid dapat memahami Takrif solat dan kepentingannya didalam kehidupan seharian serta mengetahui bagaimana ianya dilaksanakan dengan sempurna.
Murid dapat memahirkan diri untuk menggunakan teknologi komunikasi (ICT)/internet untuk medapatkan maklumat.
Dapat menggunakan persembahan slaid untuk memudahkan proses pembelajaran murid serta membiasakan murid untuk menggunakannya dalam kaedah belajar sendiri.
Murid dapat berbincang dengan guru untuk mengatasi kelemahanan dan masalah-masalah didalam soal melaksanakan Ibadat Solat.



 


Pengetahuan Sedia Ada


 
Murid telah mengetahui pergerakan melakukan solat serta rukun-rukun solat dan boleh melakukannya secara pratikal/amali.
Murid mempunyai pengetahuan asas menggunakan komputer.

 

Hasil Pembelajaran


 
Murid dapat memahami takrif Solat serta kepentingannya dan mengetahui cara-cara mendirikannya dengan betul.
Murid boleh melaksanakan Ibadat solat dengan sempurna tanpa melakukan sebarang kesilapan dan tunjuk ajar.
Memperkukuhkan Kemahiran murid dalam menggunakan Komputer dan melayari internet serta boleh membimbing rakan-rakan yang belum mahir.
Menimbulkan rasa minat murid untuk menggunakan TMK dalam proses pembelajaran selain menggunakan buku teks atau bahan-bahan yg bukan TMK.

 
Memudahkan dan mempercepat proses pemaham murid dalam pembelajaran melalui kaedah TMK selain kaedah teori/lisan.
Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang yang beragama islam.



Persediaan Guru
Menyediakan set persembahan slaid berkenaan tajuk yang hendak dipersembahkan.
Persediaan alat tayangan LCD projektor dan note book.
Menyediakan senarai laman web yang berkaitan.
Menyediakan gambar-gambar berkaitan dengan tajuk.






Persediaan TMK
Menyediakan satu set slaid.
Menyediakan senarai laman web yang berkaitan.
Menyediakan Soalan-Soalan Interaktif.




Keperluan Khas


 
Projektor LCD.
Note book dan komputer.
Talian internet.

Penerapan TMK


 
Pelajar mendapat pengetahuan tentang persembahan power point dan mengakses laman web melalui internet.
Pengintergerasian MS Word, MS Power point dan internet.